Saturday, 24 December 2011

Kepimpinan dan Kerja Berpasukan




Konsep Kepimpinan
Kepimpinan mepunyai sejarah yang sangat lama. Oleh yang demikian kepimpinan dikaji oleh ramai sarjana barat dari berbagai-bagai disiplin termasuklah sarjana Islam dan sarjana Barat.
            Konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah dan taqwa manakala dari perspektif Barat kepimpinan dilihat sebagai fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.

Konsep Kepimpinan Dari Perspektif Islam
·         Kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah dan taqwa.
·         Merupakan satu tanggungjawab yang dipikul berasaskan kehendak Allah
·         Contoh yang dapat diambil daripada kepimpinan Islam ialah Nabi Muhammad S.A.W.

Konsep Kepimpinan Barat
·         Berorientasikan keadaan yang sentiasa berubah-ubah
·         Memberi fokus kepada matlamat tertentu dalam aspek kehidupan dunia sahaja (sekular)
·         Berasaskan kepada kuasa & pengaruh semata-mata ( jika ada kuasa semua boleh buat)

Definisi Kepimpinan
·         Berasal daripada perkataan “pimpin”
·         Pimpin membawa maksud bimbing, pandu, tunjuk
·         Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subordinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya (Bennis 1959)
·         Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander dan Julian 1969)
Pemimpin: Hendaklah mengetahui siapakah dirinya sendiri, apakah kekuatan dan kelemahan dirinya, apakah yang kurang diketahui, dan apakah yang pemimpin perlu lakukan jika terdapat perkara yang kurang mahir.
Pengikut: Merupakan anggota organisasi yang dipimpin. Perlu dipengaruhi pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi.
Komunikasi: Pemimpin perlu memberi perhatian mengenai apa yang ingin disampaikan kepada pengikut. Pemimpin juga perlu memberi perhatian kepada kata-kata yang digunakan semasa berkomunikasi, aspek fizikal komunikasi dan nada suara.
Situasi: Pemimpin perlu memahami sesuatu situasi dan mengaplikasikan tindakan yang sesuai menurut masa, tempat dan upaya anggota pasukan.

Teori Kepimpinan
Seperti juga definisi, terdapat terlalu banyak teori kepimpinan yang dihasilkan. Bahagian ini memberi peneranagan sepintas lalu mengenai teori-teori tersebut. Untuk memudahkan pemahaman, para sarjana telah mengkategorikan teori-teori tersebut kepada beberapa kategori atau kumpulan kategori.
Teori Tret: Teori yang berasaskan andaian bahawa pemimpin mempunyai tret atau sifat tertentu seperti kepintaran, tahap keyakinan diri dan lain-lain lagi.
Teori Tingkah Laku: Teori ini mengutarakan tingkah laku pemimpin semasa berinteraksi dengan pengikutnya adalah penentu kepada keberkesanan pemimpin.
Teori: Kontigensi: Teori ini menganjurkan bahawa gaya kepimpinan yang berkesan dalam sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai atau berjaya bagi keadaan yang lain. Kepimpinan yang berkesan mestilah fleksibel.
Teori Kontemporari: Teori ini mengenai teori-teori baru yang muncul.
·         Teori Kognotif
·         Teori Karismatik
·         Teori Kepimpinan Transaksi dan Transformasi

Tuesday, 20 December 2011

PENYELESAIAN MASALAH SECARA ISLAM

Menurut Abdul Rahman(2002) penyelesaian masalah secara islam terbahagi kepada tiga pendekatan, iaitu pendekatan tauhid, pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Ketiga-tiga pendekatan ini juga dikenali dengan pendekatan aqidah,syariah dan akhlak. Pendekatan ini saling melengkapi dan menguatkan, kerana semuanya berasaskan ajaran islam yang syumul(menyeluruh) dan takammul(sempurna).

CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH

    1.     PENDEKATAN TAUHID(AQIDAH) 


Pendekatan ini mampu menyelesaikan masalah ontonologi iatu tenteng hakikat Tuhan, alam dan manusia.

  • Tuhan:  Sesuai dengan ajaran tauhid bahawa Tuhan bukan sahaja bersifat Esa bahkan merupakan satu-satunya Tuhan yang mencipta dan menguasai alam serta menjadi sasaran pengabdian makhluk dan alam seluruhnya. Dokrin, teori, atau ajaran tauhid menentang sekeras-kerasnya  perbuatan syirik dan taghut, iaitu sebarang penyekutuan dengan kuasa Allah dalam sebarang bentuk dan rupa. Doktrin tauhid bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah Abadi bahkan seluruh masalah segera. Sebagai kuasa atau hakim tertinggi, Dialah(Allah) sahaja berhak membuat sesuatu dan yang berhak disembah.
  • Alam:  Dalam ontonologi Islam, ala terbahagi kepada dua bahagian; alam nyata dan alam ghaib atau alam dunia dan alam akhirat. Jika dialam dunia manusia boleh bertindak bebas sesuka hati tetepi di alam akhirat  manusia akan diadili seluruh perbuatannya. Disanalah mereka akan diadili seluruh perbuatannya.Di sanalah mereka akan ditentukan samada masuk syurga atau neraka. tetapi terhad untuk itu sahaja kerana tidak boleh digambarkan oleh pemikiran manusia keadaan syurga dan neraka itu. Hal ini kerana pemikiran manusia adalah terbatas. Maka dengan pendekatan tauhid melalui kekuatan iman dan akidah barulahnmanusia dapat memahami hakiakat kehidupan sementara dialam nyata ini.
  • Manusia:   Manusia dari segi logiknya mempunyai dua unsur, iaitu jasmani dan rohani. Sungguhpun demikian, hakikat manusia ialah pada unsur rohani atau jiwanya yang bersifat kekal, Sejak kejadian alam lagi, sudah terdapat perjanjian dan penyaksian bahawa manusia mengakui beiman kepada Allah.


Unsur jasad dan roh bersatu
Sumber: traviservin.blogspot.com

Sebagaimana firman Allah:
Dan (ingatlah), ketilka tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak adam dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul(engkau tuhan kami), kami menjadi saksi." Surah Al-A'raf ayat 172.


     2. PENDEKATAN HUKUM
         Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional dan intelektual. Untuk mengetahui prinsip-prinsip penyelesaian masalah secara islam menurut pendekatan hukum, kita perlu mengetahui ciri-ciri Syariat islam itu sendiri. Pada umumya, ciri-ciri syariat islam ialah: 
  • Rabbani(ketuhanan), alamiyyah(kealaman), syumul(menyeluruh), harakah(bergerak) dan wasatiyyah(seimbang).
         Melalui penerapan ciri syumul dan takammul misalnya, semua masalah kehidipan dapat diselesaikan, lantaran segala masalah dan penyelesainya sudah tersedia dalam warisan fiqh islam. Kesyumulan(menyeluruh) syariat Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.sebagaimana firman Allah
  Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan”. ( Saba’: 28 )                     

Antara aspek yang dicakupi dalam Islam ialah:
     
          1. Aspek ibadah yang mengatur hubungan hamba dengan Tuhannya iaitu melalui hukum bersuci, solat,          
             puasa, haji, berkorban dan lain-lainnya.
          2. Aspek munakahat iaitu melalui hukum nikah, talak, iddah, nafkah, wasiat harta dan sebagainya.
          3. Aspek muamalat iaitu seperti jual eli, gadaian, hibah, pinjam meminjam dan lain-lain.
          4. Aspek ekonomi iaitu seperti sistem zakat, baitulmal dan sebagainya.
          5. Aspek jenayah iaitu seperti hukum qisas, hudud, dan sebagainya.
          6. Aspek kehakiman iaitu seperti hukum putusan, dakwaan dan saksi juga terkandung dalam Islam.
          7. Aspek kenegaraan iaitu seperti hukum mengangkat ketua(imam), badan menyuarat, kewajipan 
             pemerintah dan sebagainya.
          8. Aspek hubungan antarabangsa iaitu seperti hubungan antara negara-negara, perang dan damai, jihad 
              sebagainya.


   3.  PENDEKATAN SUFI
          Pendekatan hukum dianggap bersifat tegas dan keras, tetapi pendekatan sufi dianggap bersifat lembut.
          Penyelesaian melalui pendekatan sufi memerlukan tiga perkara asas, iaitu hakikat masalah, sebab masalah 
          kaedah penyelesaian

 1.  Hakikat masalah:
Menurut Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam kitabnya Dosa Batin: Musuh Terbesar  Dalam Hidup Manusia(Batin Al-ithmi: Alkhatar Al-akhbar fi Hayat Al-Muslimin), masalah sebenar umat Islam bukan soal ilmu ata pemikiran, tetapi soal akhlak dan amalan. Ramai orang yang menguasai ilmu, teori dan kaedah-kaedahnya, tetapi penyakit sebenarnya ialah jiwa dan hawa nafsu yang kotor. Debgan memahami hakikat masalah barulah seseorang dapat menyelesaikannya dengan tepat dan sempurna.

 2. Sebab masalah

Sebab ini mempunyai dua faktor iaitu faktot tuhan dan faktor manusia itu sendiri:
a) faktor tuhan: Sebagai Maha Pencipta terhadap sesuatu diatas muka bumi ini, maka dia sahajalah
yang berhak diatas penciptaan dan parancangannya. Dialah merupakan ' 'sebab pertama' bagi segala  kejadian dan Dialah Penyudah bagi segala kejadian. 
b) faktor manusia itu sendiri:
 terdapat dua mazhab yang membicarakannya iaitu mazhab jabariah dan mazhab qadariah(muktazilah). Mazhab Jabariah mengatakan manusia tiada hak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu kecuali mengikut ketentuan Alllah, sebalikkya  Mazhab qadariah mengatakan manusia mempunyai hak dan kekuatan yang diberi Allah untuk melakukan sesuatu tanpa camput tangan-Nya. Selainnya, Ahli sunnah Ahli Sunnah Waljamaah juga mengajarkan bahawa Allah memeng berkuasa diatas segala-galanya, tetapi manusia diberi kekuatan atau kudrat dan kemahuan untuk melakukan sesuatu.


3. Kaedah penyelesaian
Masalah hakiki umat islam dapat diselesaikan dengan pendekatan sufi iaitu kaedah tasawwuf praktikal bukan tasawwuf teori. Tasawwuf teori dapat menguatkan akhlak dan adab manusia Umat islam khususnya.pendekatan ini berasaskan prinsip Vertikal dab Horizontal:
     
 1. Dimensi Horizontal:  Kaedah ini melalui dua proses iaitu, pembersihan diri dari sifat-sifat buruk     (mazmumah) dan menghiaskan diri denga sifat-sifat baik(mahmudah).
 2. Dimensi Vertikal: penyelesaian masalah yang menekankan hubungan tuhan melalui amal ibadah,                doa, zikir,wirid dan membaca Al-Quran.
                                             
Kesimpilannnya, pendekatan sufi banyan membantu dalam menyelesaikan masalah kehidupan manusia, seperti masalah-masalah sosial, ekonomi, pendidikan, politik, dan yang paling penting adalah masalah mental dan emosi.
Jika dibandingkan pendekatan hukum dan pendekatan sufi, pendekatan sufi lebih berkesan dan kukuh, kerana hati hati yang mempuyai benteng akidah dan akhlak yang kuat tidak akan hancur walau diserang oleh pelbagai cabaran dan masalah.

PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK

PEMIKIRAN KRITIS
Apabila seseorang itu digelar mahasiswa maka, mereka perlu ada perbezaan dari rakan-rakan mereka yang berada diluar dari pelbagai aspek. Antaranya ialah kemahiran berfikir secara kritis agar ianya berbeza dari rakan yang berada diluar. mempelajari kemahiran ini dapat membantu pelajar mengaplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Oleh itu, apabila mereka berada di dalam ruang lingkup pekerjaan maka kemahiran ini dapat membantu menyelesaikan masalah serta mencetus idea baru dalam tugas yang dilakukan.

Antara ciri-ciri pemikiran kritis ialah:

       1. Tidak begitu mudah untuk menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara, serta memertimbangkan
           baik buruk terhadap sesuatu perkara terlebih dahulu.
       2. Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius terhadap sesuatu idea.
       3. Pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran, dan penilaian. Ia juga meliputi        
           proses pemikiran lain yang berkaitan untuk mencapai satu kesimpulan yang kukuh.
       4. Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis, serta cara-cara memberi alasan
           untuk menyokong dan menolak sesuatu pendapat.
       5. Bersifat reaktif, penilaian, analisis, dan logik.

kelebihan pemikiran kritis:

       1. Menjadi lebih matang
       2. Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
       3. Sensitif dan perihatin
       4. berjiwa besar, yakin dan berani
       5. lebih berhemah dan bertanggungjawab.
       6. ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
       7. Tidak mudah dipengaruhi

Sikap pemikir kritis yang baik:
       1. Berfikiran rasional, mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan memimta pelbagai pendapat dan idea
           sebelum membuat keputusan.
       2. Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.
       3. Ingin tahu dan minda terbuka.
       4. mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan  kejelasan serta ketepatan, sentiasa mempunyai
           maklumat yang cukup.
       5. Sentiasa mencari alternatif.
       6. Sensitif terhadap perasaan orang lain.


PENYELESAIAN MASALAH
Menyelesaikan masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif untuk mencari langkah-langkah penyelesaian dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah tersebut. Seterusnya, penyelesaian masalah adalh penting dalam kehidupan seseorang manusia itu bagi memajukan lagi kehidupan kita.

FAEDAH MASALAH
Secara umumnya, jika dipandang dari sudut negatif masalah akan membuat seseorang itu merasa gelisah keran atakut tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, sebaliknya terdapat beberapa faedah daripada masalah tersebut.
               a) Masalah adalah sumber input yang besar untuk kesihatan otak.
               b) Malah juga berperanan meluaskan daya imaginasi otak.
               c) Masalah juga dianggap sebagai sumber rezeki oleh seseorang kerana dapat mengaut kentungan
                   daripada hasil penyelesaian masalah yang dihadapinya. Contohnya, tukang kayu mengharapkan 
                   tempahan pada hari itu supaya boleh peroleh keuntungan daripadanya.


PROSES MENYESAIKAN MASALAH







STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

   a) Algoritma: Prosedur langkah demi langkah yang sistematik dan konsisten dan menghasilkan penyelesaian 
                        yang sama setiap kali dilakukan.
   b) Herustik  : Jalan pintas yang berkemungkinan tinggi membawa kepada penyelesaian tepat (rules of thumb).
                        Ia merupakan butir-butit maklumat lama yang telah membantu penyelesaian pada suatu masa
                        dahulu.
   c)Submatlamat; Strategi memperincikan suatu masalah kompleks kepada beberapa submatlamat atau masalah 
                           kecil(sub-problems)

KRETIVITI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

   a) Pertama: Tidak terus menggunakan penyelesaian pertama yang diperoleh kerana ia belum tentu yang tebaik.    
                     Teruskan berfikir untuk mencari penyelesaian lain, kemudian baru memilih penyelesaian yang 
                     terbaik.
   b) Kedua  :  Cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain seandainya masalah itu
                      berlaku pada mereka.
   c) Ketiga  : Jangan bersifat defensif terhadap sesuatu masalah dipercayai membebankan dan menyusahkan. 
                     Hal ini dapat menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara kreatif kerana terlalu
                     memikirkan akibat-akibat yang bakal ditanggung.
   d) Keempat: Minta pandapat orang lain yang tidak terlalu terlibat dengan masalah tersebut kerana mereka 
                       dapat memisahkan diri daripada masalah itu dan mempunyai pandangan yang lebih objektif
                       dari pandangan sendiri.
   e) Kelima:  Mengeram idea untuk menyelesaikan masalah. Iaitu mengelakkan dari terburu-buru menyelesaikan
                    masalah sehingga mendapat ilham yang terbaik bagi menyelesaikannya. 
   f) Keenam: Yakin pada diri dan idea sendiri. Ramai orang tidak yakin dengan idea mereka sendiri kerana
                     bimbang dikatakan ideanya itu bodoh.
  g) Ketujuh :  Membiasakan diri dengan tabiat mencari-cari pelbagai masalah yang ada di persekitaran. Tabiat 
                      ini akan menjarakkan kepekaan pada kehadiran masalah sekeliling mereka.





-Maklumat membawa maksud data, bahan, dan pengetahuan.

>CIRI-CIRI MAKLUMAT
-Relevan
-Boleh dipercayai
-Boleh difahami
-Lengkap
-Tepat pada masanya dan mampu mengurangkan ketidakpastian

>KONSEP LITERASI MAKLUMAT
-Pengguna berkobolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
-Pengguna menilai maklumat dengan kritis
-Pengguna berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat

>PENGURUSAN MAKLUMAT
-Menentukan pengetahuan yang diperlukan
-Mengenal pasti jurang pengetahuan 
-Mengecilkan jurang pengetahuan 
-Menyebarkan pengetahuan untuk dikongsi bersama


>PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

-Pembelajaran sepanjang hayat membawa maksud pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi ataupun profesinal yang dilakukan sepanjang masa atas kerelaan, paksaan dan sebagainya.

>LITERASI MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Kedua-dua konsep ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain:
-Bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri. Kedua-duanya berjalan mengikut inisiatif setiap individu.
-Berpotensi membangunkan kuasa kendiri. Kedua-duanya juga membangunkan diri seseorang yang melakukan.
-Bersifat benar-kendiri. Ianya boleh membuatkan seseorang itu celik maklumat dan mempunyai pengetahuan.

>FAEDAH MEMPELAJARI ILMU BERKAITAN LITERASI MAKLUMAT DAN BELAJAR SEPANJANG HAYAT:

-Dapat meningkatkan kualiti dan kebergunaan pendidikan serta latihan di institusi pendidikan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
-Peluang memperolehi pekerjaan yang baik dan memuaskan .
-Penyertaan yang berkesan terhadap individu tersebut dalam konteks sosial, kebudayaan, dan politik
-Dapat mengenal pasti dan memahami matlamat sesuatu profesion.

>Pembelajaran sepanjang hayat juga mempunyai proses-prosesnya:
-Kesedaran kendiri
-Merancang pembelajaran
-Sedar terhadap apa yang dipelajari

>Kesimpulannya kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, kebolehan menguasai bidang ini akan dapat membawa seseorang itu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Monday, 19 December 2011

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI



 Pendahuluan

Komunikasi boleh dilihat didalam pelbagai aspek dari segi pembangunan, keagamaan, kemanusiaan, media dan sebagainya. Takrifan komunikasi bmmm\ergantung kepada situasi. Ia boleh dikaitkan dengan penyebaran tingkah laku, mendidik dan sebagainya. Skop dan fungsi komunikasi amatlah luas. Kebanyakannya mencerminkan kearah pembentukan, penambahbaikan, percambahan dan kemajuan 
Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti jalan raya, keretapi, kapal terbang dan sebagainya. Manakala komunikasi antara manusia, lebih tertumpu kepada perhubungan antara manusia.[1]
Kemahiran untuk berhubung dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran antaranya kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran menggunakan bahasa tubuh (body language). Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang
Komunikasi antara manusia merupakan satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan kita. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin akan merasakan kekurangan dalam hidup kita.
Malah komunikasi yang melibatkan hubungan antara manusia telah wujud sejak zaman Nabi Adam a’laihissalam. Penyebaran agama islam melalui dakwah oleh para nabi dan rasul dilakukan melalui komunikasi antara manusia. Melalui kebijaksanaan Nabi Muhammad sallallahualaiwasallam telah mengajarkan agama islam kepada orang arab. Kesan daripada kehebatan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam dalam berkomunikasi, beliau telah bejaya membentuk sebuah masyarakat atau tamadun dunia yang paling hebat dan gemilang di zaman pemerintahan islam.
Komunikasi antara manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan atau lebih dikenali sebagai penulisan. Kedua-dua jenis komunikasi ini penting bagi seseorang individu yang ingin berjaya. Namun begitu, sejak kemunculan medium-medium komunikasi di zaman IT dan teknologi seperti laman sosial Facebook, twitter, Friendster dan sebagainya. telah banyak mengurangkan dan melemahkan daya kemahiran komunikasi lisan dikalangan pelajar-pelajar baik diperingkat sekolah mahupun diperingkat universiti. Oleh hal demikian, sebagai seorang mahasiswa khususnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wajib bagi kita menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik dan kemasyarakatan.

Dengan ini kami telah membuat perbincangan mengenai cadangan-cadangan yang mampu meningkatkan kemahiran komunikasi dikalangan mahasiswa/wi. Skop perbincangan ini lebih tertumpu kepada pelajar UKM tahun satu sahaja. Antara cadangan-cadangan kami adalah:
1.      Mewujudkan akhbar hasil dari penulisan mahasiswa
2.      Menjalankan program pemantapan komunikasi
3.      Mengadakan kempen berkenaan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran dikalangan mahasiswa/wi.
4.      Mengadakan seminar teknik-teknik penyampaian yang berkesan.
5.      Mewujudkan persatuan pengucapan awam
6.      Amalkan amalan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian

1. Mewujudkan akhbar hasil dari penulisan mahasiswa
Sejajar dengan konsep penulisan merupakan sebahagian daripada komunikasi, dengan ini kami berpendapat bahawa dengan mewujudkan akhbar khas hasil penulisan mahasiswa dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dikalangan mereka. Penulisan juga merupakan ilmu komunikasi yang dapat menyumbangkan idea pemikiran untuk mempertingkatkan proses sosial dalam masyarakat.
Disamping itu, akhbar merupakan media massa yang khusus dalam menggunakan proses komunikasi umum untuk menyumbangkan pengetahuan dan pendapat dalam memperbaiki masyarakat sesuai dengan bakat dan kemampuan mereka. Malah ia dapat mengasah bakat mereka agar dapat menghasilkan penulisan yang lebib baik dari masa ke semasa. Mereka juga dapat memperaktikkan ilmu yang mereka pelajari dengan mengembangkan idea-idea dalam penulisan mereka.

2. Menjalankan program pemantapan komunikasi
            Program ini dapat meningkatkan kefahaman seraya dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam program ini sangat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka..
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam program tersebut ialah bengkel ilmu. Di dalam program ini pelajar akan membentuk beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang akan di berikan kepada setiap kumpulan samada ia berbentuk ilmiah mahupun sebaliknya. Sehubungan itu, kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dikalangan juga dapat dibentuk ketika proses mereka membentuk sebuah kumpulan.
Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi juga boleh dibentuk dalam konsep kepimpinan dalam program ini. Hal ini kerana setiap kumpulan akan melantik ketua kumpulan masing masing. Maka, setiap ketua kumpulan akan akan bekerjasama dengan setiap ahli kumpulan seterusya akan melatih kemahiran komunikasi antara mereka. Di samping itu, program ini juga dapat melatih mereka berfikir secara kritis dan inovatif untuk mencipta idea serta memberi pendapat dan penerangan didalam kumpulan.
Kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan juga dapat diterapkan apabila mereka melaksanakan tugasan yang diberikan bersama ahli kumpulan mereka. Antara contoh tugasannya ialah mencipta puisi. Maka, secara tidak langsung mereka akan melatih kemahiran berkomunikasi ketika mereka mencipta puisi. Hal ini kerana mereka akan menerangkan puisi masing-masing dengan pelbagai kaedah puisi di dalam kumpulan seterusya meningkatkan kemahiran komunukasi serta keyakinan diri antara mereka.
Ekoran daripada aktiviti yang dijalankan didalam program ini dapat dilihat bahawa, program ini merupakan antara cadangan yang berkesan dalam mewujudkan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang mahir dalam komunikasi samada dari bentuk lisan dan bukan lisan. Akhirya setiap pelajar ini juga dapat melahirkan idea yang berinovatif serta meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi di khalayak ramai.

3. Mengadakan kempen berkenaan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran dikalangan mahasiswa/wi.
            Sebagaimana yang kita sedar pada hari ini terdapat belbagai-bagai kempen yang boleh kita dilihat didalam kampus, seperti kempen kesihatan, kempen keselamatan, dan sebagainya. Namun agak sedikit wujudnya kempen kepentingan komunikasi, dengan ini kami menganggap bahawa setiap pelajar perlu diingatkan mengenai kepentingan komunikasi melalui kempen kesedaran yang boleh diadakan di sekitar kempus.
            Selain itu juga, peletakkan papan-papan iklan juga boleh diambil kira sebagai kempen yang dapat meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar. Para pensyarah juga boleh memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada pelajar mereka untuk terlibat dalam menjayakan kempen tersebut. 

4. Mengadakan seminar teknik penyampaian yang berkesan.
            Seminar merupakan antara kaedah yang banyak memberi manfaat kepada individu dalam meningkatkan mutu pencapaian mereka. Walaupun kita boleh melihat banyak buku-buku berkenaan teknik penyampaian yang berkesan di kedai-kedai dan di perpustakaan. Namun masih ramai lagi kalangan masyarakat terutama pelajar yang masih kurang pengetahuan berkenaan teknik penyampaian yang berkesan.
            Berdasarkan pengalaman kami, dengan input-input dari pembacaan sahaja tidak memadai disebabkan terdapat beberapa perkara yang sukar hendak difahami selain menyukarkan  para pembaca untuk membuat pertanyaan. Malah terdapat juga beberapa istilah  dan gaya bahasa  sukar untuk digambarkan.
Oleh hal demikian, dengan seminar-seminar yang diadakan akan dapat memudahkan dan memberi input dan maklumat yang lebih berkesan kepada pelajar dalam membuat sebarang penyampaian.
 5. Mewujudkan persatuan pengucapan awam
Mewujudkan persatuan pengucapan awam merupakan satu lagkah yang berkesan dalam menigkatkan tahap komunikasi bagi pelajar tahun 1 di UKM. Para pelajar tahun satu boleh diberikan pendedahan mengenai pengucapan awam ini dengan melalui kelab dan persatuan yang ditubuhkan. Antara pengucapan awam yang boleh menigkatkan tahap komunikasi yang berkesan bagi pelajar ialah seperti pidato,debat dan syarahan.
Selain itu, melalui pengucapan awam ini juga, para pelajar turut dapat mempelajari bahasa badan dengan baik seperti eye contact, mendengar dengan penuh minat, menunggu giliran untuk bercakap dan menggunakan bahasa yang sopan. Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada pelajar kerana kesemua aspek tersebut dapat menarik minat pendengar apabila mereka berkomunikasi.
Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilaksanakan oleh persatuan terbabit bagi menarik pelajar dalam menyertainya seperti pertandingan perbahasan dan pidato. Melalui pertandingan terbabit dapat menguji pelajar tahun satu UKM sama ada mereka dapat berkomunikasi dengan baik atau tidak. Selain itu, melalui pertandingan itu juga dapat melatih mereka agar boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Di samping itu, banyak kelebihan-kelebihan lain yang boleh diperolehi oleh pelajar selain dapat berkomunikasi dengan baik. Antaranya, para pelajar akan menjadi lebih berani dan berkeyakinan dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau pandangannya kepada orang ramai. Hal ini kerana, melalui pengucapan awam terbabit telah melatih mereka dalam berkomunikasi dengan baik dan dapat membiasakan mereka dalam menyampaikan ucapan. Maka tidak menjadi masalah lagi bagi pelajar terbabit dalam berucap atau memberikan cadangan di tempat lain.
Oleh itu, dengan melihat kepada kesan-kesan positif di atas maka jelaslah di sini bahawa pengucapan awam merupakan satu lagkah yang berkesan dalam meningkatkan tahap komunikasi bagi pelajar tahun satu di UKM. 
6. Amalkan amalan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian
Dalam kehidupan kita, sejak kita mula bercakap sehinggalah pada ketika ini, berapa kerap kalikah kita bertutur dengan menggunakan bahasa dan kaedah komunikasi yang berkesan. Mungkin pada ketika berumur 7 tahun disaat mula-mula kita mengenali perkataan, atau ketika kita menyertai sesuatu pertandingan di sekolah.
Pertuturan kita pada hari banyak dipengaruhi daripada rancangan di kaca televisyen, pergaulan bersama sahabat dan sebagainya. Apabila kita teliti kembali, berapa peratuskan pertuturan atau gaya komunikasi yang betul disaat kita bercakap. Berdasarkan daripada pemerhatian rutin harian saya, saya dapati bahawa, tidak sampai 50% percakapan yang digunakan merupakan bahasa pasar. Dimana kita ketahu bahawa bahasa pasar merupakan bahasa yang tidak digunakan ketikat berucap atau menyampaikan sesuatu informasi.
Oleh itu, kita boleh berusaha untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan melatihkan diri kita menggunakan gaya bahasa yang betul. Serta kita jadikan penggunaan komunikasi yang betul sebagai amalan dalam kaedah meningkatkan mutu komunikasi kita sebagai mahasiswa UKM.










Kesimpulan
Di masa ini, kemahiran berkomunikasi merupakan antara faktor terpenting dalam melahirkan individu yang berdaya saing. Ini adalah disebabkan fenomina lambakan mahasiswa/wi di negara kita yang dilahirkan oleh universiti pada setiap tahun. Maka wujudlah daya saing dalam perebutan pekerjaan di sektor –sektor kerajaan mahupun swasta.
Pada asasnya kebimbangan komunikasi boleh berlaku kerana ia merupakan suatu gejala yang bergantung kepada keadaan. Kebimbangan komunikasi ini merujuk kepada ketakutan dan kerisauan individu untuk berkomunikasi dalam keadaan yang khusus seperti ketika berucap di khalayak awam dan sebagainya. Justeru itu, masalah berkaitan dengan kelemahan berkomunikasi ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap individu dan mahasiswa. Memandangkan bahawa setiap daripada para graduan akan keluar dan bekerja dalam organisasi mengikut bidang pengajian masing-masing.
Majikan hari ini bukan hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata, malah memberi perhatian juga kepada soal berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Oleh itu, beberapa cadangan yang telah dikemukakan tadi, harap dapat membantu seberapa banyak yang boleh dalam melahirkan mahasiswa UKM yang bekemahiran tinggi. Namun begitu, mahasiswa itu sendiri juga perlu memainkan peranan untuk mengubah sikapnya dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi perlu diingat bahawa mahasiswalah merupakan golongan yang bakal mengurus dan mentadbir negara kita pada masa hadapan.



[1] Samsuddin A.Rahim. 1993. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1

Wednesday, 14 December 2011

Alhamdulillah..
akhirnye berjaya buat blog untuk kumpulan sendiri..wawawawa...