Pendahuluan
Komunikasi boleh dilihat didalam pelbagai aspek dari segi pembangunan, keagamaan, kemanusiaan, media dan sebagainya. Takrifan komunikasi bmmm\ergantung kepada situasi. Ia boleh dikaitkan dengan penyebaran tingkah laku, mendidik dan sebagainya. Skop dan fungsi komunikasi amatlah luas. Kebanyakannya mencerminkan kearah pembentukan, penambahbaikan, percambahan dan kemajuan
Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti jalan raya, keretapi, kapal terbang dan sebagainya. Manakala komunikasi antara manusia, lebih tertumpu kepada perhubungan antara manusia.[1]
Kemahiran untuk berhubung dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran antaranya kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran menggunakan bahasa tubuh (body language). Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang
Komunikasi antara manusia merupakan satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan kita. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin akan merasakan kekurangan dalam hidup kita.
Malah komunikasi yang melibatkan hubungan antara manusia telah wujud sejak zaman Nabi Adam a’laihissalam. Penyebaran agama islam melalui dakwah oleh para nabi dan rasul dilakukan melalui komunikasi antara manusia. Melalui kebijaksanaan Nabi Muhammad sallallahualaiwasallam telah mengajarkan agama islam kepada orang arab. Kesan daripada kehebatan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam dalam berkomunikasi, beliau telah bejaya membentuk sebuah masyarakat atau tamadun dunia yang paling hebat dan gemilang di zaman pemerintahan islam.
Komunikasi antara manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan atau lebih dikenali sebagai penulisan. Kedua-dua jenis komunikasi ini penting bagi seseorang individu yang ingin berjaya. Namun begitu, sejak kemunculan medium-medium komunikasi di zaman IT dan teknologi seperti laman sosial Facebook, twitter, Friendster dan sebagainya. telah banyak mengurangkan dan melemahkan daya kemahiran komunikasi lisan dikalangan pelajar-pelajar baik diperingkat sekolah mahupun diperingkat universiti. Oleh hal demikian, sebagai seorang mahasiswa khususnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wajib bagi kita menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik dan kemasyarakatan.
Dengan ini kami telah membuat perbincangan mengenai cadangan-cadangan yang mampu meningkatkan kemahiran komunikasi dikalangan mahasiswa/wi. Skop perbincangan ini lebih tertumpu kepada pelajar UKM tahun satu sahaja. Antara cadangan-cadangan kami adalah:
1. Mewujudkan akhbar hasil dari penulisan mahasiswa
2. Menjalankan program pemantapan komunikasi
3. Mengadakan kempen berkenaan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran dikalangan mahasiswa/wi.
4. Mengadakan seminar teknik-teknik penyampaian yang berkesan.
5. Mewujudkan persatuan pengucapan awam
6. Amalkan amalan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian
1. Mewujudkan akhbar hasil dari penulisan mahasiswa
Sejajar dengan konsep penulisan merupakan sebahagian daripada komunikasi, dengan ini kami berpendapat bahawa dengan mewujudkan akhbar khas hasil penulisan mahasiswa dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dikalangan mereka. Penulisan juga merupakan ilmu komunikasi yang dapat menyumbangkan idea pemikiran untuk mempertingkatkan proses sosial dalam masyarakat.
Disamping itu, akhbar merupakan media massa yang khusus dalam menggunakan proses komunikasi umum untuk menyumbangkan pengetahuan dan pendapat dalam memperbaiki masyarakat sesuai dengan bakat dan kemampuan mereka. Malah ia dapat mengasah bakat mereka agar dapat menghasilkan penulisan yang lebib baik dari masa ke semasa. Mereka juga dapat memperaktikkan ilmu yang mereka pelajari dengan mengembangkan idea-idea dalam penulisan mereka.
2. Menjalankan program pemantapan komunikasi
Program ini dapat meningkatkan kefahaman seraya dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam program ini sangat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka..
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam program tersebut ialah bengkel ilmu. Di dalam program ini pelajar akan membentuk beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang akan di berikan kepada setiap kumpulan samada ia berbentuk ilmiah mahupun sebaliknya. Sehubungan itu, kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dikalangan juga dapat dibentuk ketika proses mereka membentuk sebuah kumpulan.
Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi juga boleh dibentuk dalam konsep kepimpinan dalam program ini. Hal ini kerana setiap kumpulan akan melantik ketua kumpulan masing masing. Maka, setiap ketua kumpulan akan akan bekerjasama dengan setiap ahli kumpulan seterusya akan melatih kemahiran komunikasi antara mereka. Di samping itu, program ini juga dapat melatih mereka berfikir secara kritis dan inovatif untuk mencipta idea serta memberi pendapat dan penerangan didalam kumpulan.
Kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan juga dapat diterapkan apabila mereka melaksanakan tugasan yang diberikan bersama ahli kumpulan mereka. Antara contoh tugasannya ialah mencipta puisi. Maka, secara tidak langsung mereka akan melatih kemahiran berkomunikasi ketika mereka mencipta puisi. Hal ini kerana mereka akan menerangkan puisi masing-masing dengan pelbagai kaedah puisi di dalam kumpulan seterusya meningkatkan kemahiran komunukasi serta keyakinan diri antara mereka.
Ekoran daripada aktiviti yang dijalankan didalam program ini dapat dilihat bahawa, program ini merupakan antara cadangan yang berkesan dalam mewujudkan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang mahir dalam komunikasi samada dari bentuk lisan dan bukan lisan. Akhirya setiap pelajar ini juga dapat melahirkan idea yang berinovatif serta meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi di khalayak ramai.
3. Mengadakan kempen berkenaan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran dikalangan mahasiswa/wi.
Sebagaimana yang kita sedar pada hari ini terdapat belbagai-bagai kempen yang boleh kita dilihat didalam kampus, seperti kempen kesihatan, kempen keselamatan, dan sebagainya. Namun agak sedikit wujudnya kempen kepentingan komunikasi, dengan ini kami menganggap bahawa setiap pelajar perlu diingatkan mengenai kepentingan komunikasi melalui kempen kesedaran yang boleh diadakan di sekitar kempus.
Selain itu juga, peletakkan papan-papan iklan juga boleh diambil kira sebagai kempen yang dapat meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar. Para pensyarah juga boleh memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada pelajar mereka untuk terlibat dalam menjayakan kempen tersebut.
4. Mengadakan seminar teknik penyampaian yang berkesan.
Seminar merupakan antara kaedah yang banyak memberi manfaat kepada individu dalam meningkatkan mutu pencapaian mereka. Walaupun kita boleh melihat banyak buku-buku berkenaan teknik penyampaian yang berkesan di kedai-kedai dan di perpustakaan. Namun masih ramai lagi kalangan masyarakat terutama pelajar yang masih kurang pengetahuan berkenaan teknik penyampaian yang berkesan.
Berdasarkan pengalaman kami, dengan input-input dari pembacaan sahaja tidak memadai disebabkan terdapat beberapa perkara yang sukar hendak difahami selain menyukarkan para pembaca untuk membuat pertanyaan. Malah terdapat juga beberapa istilah dan gaya bahasa sukar untuk digambarkan.
Oleh hal demikian, dengan seminar-seminar yang diadakan akan dapat memudahkan dan memberi input dan maklumat yang lebih berkesan kepada pelajar dalam membuat sebarang penyampaian.
5. Mewujudkan persatuan pengucapan awam
Mewujudkan persatuan pengucapan awam merupakan satu lagkah yang berkesan dalam menigkatkan tahap komunikasi bagi pelajar tahun 1 di UKM. Para pelajar tahun satu boleh diberikan pendedahan mengenai pengucapan awam ini dengan melalui kelab dan persatuan yang ditubuhkan. Antara pengucapan awam yang boleh menigkatkan tahap komunikasi yang berkesan bagi pelajar ialah seperti pidato,debat dan syarahan.
Selain itu, melalui pengucapan awam ini juga, para pelajar turut dapat mempelajari bahasa badan dengan baik seperti eye contact, mendengar dengan penuh minat, menunggu giliran untuk bercakap dan menggunakan bahasa yang sopan. Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada pelajar kerana kesemua aspek tersebut dapat menarik minat pendengar apabila mereka berkomunikasi.
Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilaksanakan oleh persatuan terbabit bagi menarik pelajar dalam menyertainya seperti pertandingan perbahasan dan pidato. Melalui pertandingan terbabit dapat menguji pelajar tahun satu UKM sama ada mereka dapat berkomunikasi dengan baik atau tidak. Selain itu, melalui pertandingan itu juga dapat melatih mereka agar boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Di samping itu, banyak kelebihan-kelebihan lain yang boleh diperolehi oleh pelajar selain dapat berkomunikasi dengan baik. Antaranya, para pelajar akan menjadi lebih berani dan berkeyakinan dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau pandangannya kepada orang ramai. Hal ini kerana, melalui pengucapan awam terbabit telah melatih mereka dalam berkomunikasi dengan baik dan dapat membiasakan mereka dalam menyampaikan ucapan. Maka tidak menjadi masalah lagi bagi pelajar terbabit dalam berucap atau memberikan cadangan di tempat lain.
Oleh itu, dengan melihat kepada kesan-kesan positif di atas maka jelaslah di sini bahawa pengucapan awam merupakan satu lagkah yang berkesan dalam meningkatkan tahap komunikasi bagi pelajar tahun satu di UKM.
6. Amalkan amalan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian
Dalam kehidupan kita, sejak kita mula bercakap sehinggalah pada ketika ini, berapa kerap kalikah kita bertutur dengan menggunakan bahasa dan kaedah komunikasi yang berkesan. Mungkin pada ketika berumur 7 tahun disaat mula-mula kita mengenali perkataan, atau ketika kita menyertai sesuatu pertandingan di sekolah.
Pertuturan kita pada hari banyak dipengaruhi daripada rancangan di kaca televisyen, pergaulan bersama sahabat dan sebagainya. Apabila kita teliti kembali, berapa peratuskan pertuturan atau gaya komunikasi yang betul disaat kita bercakap. Berdasarkan daripada pemerhatian rutin harian saya, saya dapati bahawa, tidak sampai 50% percakapan yang digunakan merupakan bahasa pasar. Dimana kita ketahu bahawa bahasa pasar merupakan bahasa yang tidak digunakan ketikat berucap atau menyampaikan sesuatu informasi.
Oleh itu, kita boleh berusaha untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan melatihkan diri kita menggunakan gaya bahasa yang betul. Serta kita jadikan penggunaan komunikasi yang betul sebagai amalan dalam kaedah meningkatkan mutu komunikasi kita sebagai mahasiswa UKM.
Kesimpulan
Di masa ini, kemahiran berkomunikasi merupakan antara faktor terpenting dalam melahirkan individu yang berdaya saing. Ini adalah disebabkan fenomina lambakan mahasiswa/wi di negara kita yang dilahirkan oleh universiti pada setiap tahun. Maka wujudlah daya saing dalam perebutan pekerjaan di sektor –sektor kerajaan mahupun swasta.
Pada asasnya kebimbangan komunikasi boleh berlaku kerana ia merupakan suatu gejala yang bergantung kepada keadaan. Kebimbangan komunikasi ini merujuk kepada ketakutan dan kerisauan individu untuk berkomunikasi dalam keadaan yang khusus seperti ketika berucap di khalayak awam dan sebagainya. Justeru itu, masalah berkaitan dengan kelemahan berkomunikasi ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap individu dan mahasiswa. Memandangkan bahawa setiap daripada para graduan akan keluar dan bekerja dalam organisasi mengikut bidang pengajian masing-masing.
Majikan hari ini bukan hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata, malah memberi perhatian juga kepada soal berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Oleh itu, beberapa cadangan yang telah dikemukakan tadi, harap dapat membantu seberapa banyak yang boleh dalam melahirkan mahasiswa UKM yang bekemahiran tinggi. Namun begitu, mahasiswa itu sendiri juga perlu memainkan peranan untuk mengubah sikapnya dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi perlu diingat bahawa mahasiswalah merupakan golongan yang bakal mengurus dan mentadbir negara kita pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment