Konsep Kepimpinan
Kepimpinan mepunyai sejarah yang sangat lama. Oleh yang demikian kepimpinan dikaji oleh ramai sarjana barat dari berbagai-bagai disiplin termasuklah sarjana Islam dan sarjana Barat.
Konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah dan taqwa manakala dari perspektif Barat kepimpinan dilihat sebagai fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.
Konsep Kepimpinan Dari Perspektif Islam
· Kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah dan taqwa.
· Merupakan satu tanggungjawab yang dipikul berasaskan kehendak Allah
· Contoh yang dapat diambil daripada kepimpinan Islam ialah Nabi Muhammad S.A.W.
Konsep Kepimpinan Barat
· Berorientasikan keadaan yang sentiasa berubah-ubah
· Memberi fokus kepada matlamat tertentu dalam aspek kehidupan dunia sahaja (sekular)
· Berasaskan kepada kuasa & pengaruh semata-mata ( jika ada kuasa semua boleh buat)
Definisi Kepimpinan
· Berasal daripada perkataan “pimpin”
· Pimpin membawa maksud bimbing, pandu, tunjuk
· Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subordinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya (Bennis 1959)
· Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander dan Julian 1969)
Pemimpin: Hendaklah mengetahui siapakah dirinya sendiri, apakah kekuatan dan kelemahan dirinya, apakah yang kurang diketahui, dan apakah yang pemimpin perlu lakukan jika terdapat perkara yang kurang mahir.
Pengikut: Merupakan anggota organisasi yang dipimpin. Perlu dipengaruhi pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi.
Komunikasi: Pemimpin perlu memberi perhatian mengenai apa yang ingin disampaikan kepada pengikut. Pemimpin juga perlu memberi perhatian kepada kata-kata yang digunakan semasa berkomunikasi, aspek fizikal komunikasi dan nada suara.
Situasi: Pemimpin perlu memahami sesuatu situasi dan mengaplikasikan tindakan yang sesuai menurut masa, tempat dan upaya anggota pasukan.
Teori Kepimpinan
Seperti juga definisi, terdapat terlalu banyak teori kepimpinan yang dihasilkan. Bahagian ini memberi peneranagan sepintas lalu mengenai teori-teori tersebut. Untuk memudahkan pemahaman, para sarjana telah mengkategorikan teori-teori tersebut kepada beberapa kategori atau kumpulan kategori.
Teori Tret: Teori yang berasaskan andaian bahawa pemimpin mempunyai tret atau sifat tertentu seperti kepintaran, tahap keyakinan diri dan lain-lain lagi.
Teori Tingkah Laku: Teori ini mengutarakan tingkah laku pemimpin semasa berinteraksi dengan pengikutnya adalah penentu kepada keberkesanan pemimpin.
Teori: Kontigensi: Teori ini menganjurkan bahawa gaya kepimpinan yang berkesan dalam sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai atau berjaya bagi keadaan yang lain. Kepimpinan yang berkesan mestilah fleksibel.
Teori Kontemporari: Teori ini mengenai teori-teori baru yang muncul.
· Teori Kognotif
· Teori Karismatik
· Teori Kepimpinan Transaksi dan Transformasi
No comments:
Post a Comment